pernahkah anda jumpa hantu raye??

waktu kecil2 dulu, cakap je hantu raya... semua kecut. Nak balik terawikh sorang2 pun takut, apatah lagi kalau malam2, habis selubung selimut dari kaki sampai la ke muka.

sekarang, bila dah besar, nak takut ape ye tak? mane ade hantu-hantu raya ni dah.. balik kampung makan biskut raye lagi best daripada dok pikiaq pasai hantu raye nih..

eh, tunggu sebentar wahai yob-yob dan yong-yong sekalian,
benarkah tiada hantu raya pada masa ini?

di sisa2 ramadhan ni, masa terawikh di masjid makin sikit orang. Ramai duk sibuk nak bakar ketupat, lemang, nak siap rumah hingga lupa nak pergi terawikh..bukan terlupa, tetapi sengaja tak mau pi.Alasan simple, alah..solat sunat jer.

di sisa2 ramadhan ni, masa tengah malam membawa ke sahur, majlis perburuan lailatul qadar makin suram. Ramai duk depan tv nak tengok Cristiano Ronaldo main bola, tak pun buat pakej Ramadhan dekat Bukit Bintang..

di sisa2 ramadhan ni, masa yang sepatutnya ditilawahkan ayat suci Al-Quran, tapi ramai yang duk sibuk nak dengar dan nyanyi lagu raye..bukan tak boleh, tapi selayakkah kita nak bergembira manyambut Syawal sedangkan Ramadhan masih lagi berlabuh. Ramadhan bulan yang dimuliakan dengan pelbagai penawar kepada hati sudah mahu berlalu, tetapi kita sedikitpun tidak bersedih.

hantu raya, sekarang dah tau kot ape tu hantu raya..