pernahkah anda jumpa hantu raye??

waktu kecil2 dulu, cakap je hantu raya... semua kecut. Nak balik terawikh sorang2 pun takut, apatah lagi kalau malam2, habis selubung selimut dari kaki sampai la ke muka.

sekarang, bila dah besar, nak takut ape ye tak? mane ade hantu-hantu raya ni dah.. balik kampung makan biskut raye lagi best daripada dok pikiaq pasai hantu raye nih..

eh, tunggu sebentar wahai yob-yob dan yong-yong sekalian,
benarkah tiada hantu raya pada masa ini?

di sisa2 ramadhan ni, masa terawikh di masjid makin sikit orang. Ramai duk sibuk nak bakar ketupat, lemang, nak siap rumah hingga lupa nak pergi terawikh..bukan terlupa, tetapi sengaja tak mau pi.Alasan simple, alah..solat sunat jer.

di sisa2 ramadhan ni, masa tengah malam membawa ke sahur, majlis perburuan lailatul qadar makin suram. Ramai duk depan tv nak tengok Cristiano Ronaldo main bola, tak pun buat pakej Ramadhan dekat Bukit Bintang..

di sisa2 ramadhan ni, masa yang sepatutnya ditilawahkan ayat suci Al-Quran, tapi ramai yang duk sibuk nak dengar dan nyanyi lagu raye..bukan tak boleh, tapi selayakkah kita nak bergembira manyambut Syawal sedangkan Ramadhan masih lagi berlabuh. Ramadhan bulan yang dimuliakan dengan pelbagai penawar kepada hati sudah mahu berlalu, tetapi kita sedikitpun tidak bersedih.

hantu raya, sekarang dah tau kot ape tu hantu raya..


Salam Ramadhan
Semoga ramadhan kali ini lebih baik dari yang sebelumnya...
InsyaAllah

mengenai hidup...

hidup ini ialah suatu nikmat yg amat istimewa. Dari awal kehidupan sehingga ke penghujung, kita mengalami perkara yang kadangkala istimewa, dan kadangkala biasa sahaja. pernahkah kita terfikir bahawa ada perkara yang kita lakukan itu sia-sia.. persoalan demi persoalan diungkai...

adakah kita ketinggalan perkara yang sepatutunya boleh kita kecapi di dunia ini?
adakah kita kehilangan banyak peluang yang sepatutnya dimanfaatkan sebaik mungkin?
bagaimana agaknya aku kalau aku tidak melakukan perkara yang sekian2 dahulu?
adakah hidup aku lebih bermakna jika aku menuju ke arah yang lain dahulu?
adakah hidup aku..bermakna selama ini?

jangan sesekali pernah menyesal akan apa yang pernah kita lakukan

yakin dan percaya akan diri sendiri, dan jangan pernah menyesali apa yang kita lakukan, sama ada baik atau buruk. Kita boleh perbaiki diri, dan menuju ke kemuncak..

puncak dan kejayaan

Saban hari, kita semua berharap untuk beroleh kejayaan di dunia yang sementara ini... persoalannya, apakah sebenarnya kejayaan?

Di dunia masa kini, terdapat 3 perkara penting yg mampu mengubah dunia, iaitu...

1) wang
2) wanita
3) pangkat

tetapi, benarkah semua perkara ini mampu membuatkan kita berjaya...

adakah hidup bermakna dengan perkara ini...

apakah sebenarnya beza mengenai kejayaan dan berada di kemuncak?


revolusi dinihari...


semua manusia mempunyai idea
kita pun mempunyai idea
tetapi tak tau camner, ia masih lagi menjadi idea...

idea merupakan benda yang sangat hebat
tapi...
orang pun tak tau camner nak gunakan idea kita sendiri
sebab tu, kita masih macam ni

Salam